tolonglah, jangan pergi,
meninggalkan aku di sini,
seperti seketika dulu,
berlari berpusu-pusu,
megejarmu yg selalu ingin lari,
menghilangkan diri,
puas ku mencapai,
kau masih tidak dalam dakapan,
aku cuma simpan dalam kenangan,
saat pahit,
saat manis,
tetap ku harus hadapi,
di depan matamu,
aku harus berpura,
membuang rasa sayang
lautan pandanganmu,
melemaskanku.
bagaimanakah
harus aku melepaskanmu?
atau setidak-tidaknya,
berhenti mengejar
melepaskan kau pergi
ke destinasi
yang kau mahu tuju
sejak kau kenali aku
ke manakah kau hendak pergi?
menjadi persoalan
tergaru kepalamu
juga, ku tidak dilepaskan
kau mencari ku
seketika,
pabila ku berhenti berharap
berhenti berkejaran
kau perlahan-lahan berjalan
ke arahku
memujuk ku kembali
sebelum kau mematah balik
menukar fikiran
mematahkan hatiku
malah
ku tidak berganjak
menunggumu.